Berita

Perak Bison kekal guna tekong import

Perak Bison kekal guna tekong import

Kami kekal menggunakan pemain import’, itu pendirian pengurus Perak Bison, Jaffrey Mohd Zainol ketika diminta mengulas mengenai larangan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) yang menasihati empat pemain Thailand untuk tidak menyertai saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022.

Perak Bison ketika ini sudah mendapatkan khidmat tekong kelahiran Thailand, Anuwat Sombatdee bagi memperkuatkan pasukan yang menyasarkan kedudukan empat terbaik saingan STL.

“Kami telah menerima makluman daripada pihak ASTAF namun kami tetap membuat persiapan dengan pemain import yang ada. Kami berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan kehadiran pemain import dalam saingan STL,” kata Jaffrey.

Sementara itu, pemangku Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz, enggan memberi sebarang komen mengenai isu larangan ASTAF yang tidak membenarkan kelibat pemain import beraksi di saingan STL 2021/2022.

Dia memaklumkan bahawa PSM akan adakan mesyuarat Rabu ini bagi mencari jalan penyelesaian isu terbabit.

kredit : stadiumastro.com

Perak Bison kekal guna tekong import dalam kancah saingan Liga Sepak Takraw yang akan bermula Januari depan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *