Berita

ATM Guardians mudah atasi budak U

AHMAD DHUHA

ATM Guardians meraih kemenangan mudah apabila menang ‘straight set’ ke atas budak U KPT-Masum Knights 2-0 pada aksi Emas Anuar Piala Juara-Juara STL di Iskandar Puteri, Johor sebentar tadi.

Turun dengan reputasi juara Emas Anuar STL 2021/2022 ATM Guardians memperagakan taring apabila jauh meninggalkan KPT-Masum Knights pada kedudukan 10-3.

Kombinasi trio ATM Guardians Adam Aiman (tekong), Afifuddin Razali (perejam) dan (pegumpan) terus menghadirkan mimpi ‘ngeri’ buat KPT-Masum Knights apabila terus menjarakan kedudukan menjadi 11-3.

Tersentak dengan kegarangan ATM Guardians, KPT-Masum Knights membawa masuk perejam Amir Puzi berjaya membawa perubahan apabila berjaya mengimbangi perlawanan menjadi kedudukan 7-14 buat pasukannya.

Kedudukan terus berpihak kepada selepas itu apabila berjaya merapatkan jurang mata menjadi 10-15 sekaligus memberikan tekanan buat ATM Guardians.

ATM Guardians kembali memperkemas corak permainan selepas itu dan berjaya menutup set pertama dengan kemenangan 21-12 ke atas KPT-Masum Knights.

Set kedua KPT-Masum Knights
memberikan tekanan buat ATM apabila mendahului pungutan mata 10-8.

ATM Guardians menggunakan segala pengalaman yang ada untuk menyerap tekanan lawan dan menutup set kedua dengan kemenangan mudah 21-16.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *