Berita

ATM tersingkir

AHMAD DHUHA

ATM Guardians terpaksa menelan kepahitan apabila tersingkir dari saingan Piala Juara-Juara Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) selepas tumpas 2-0 di tangan Negeri Sembilan (NS) Antlers sebentar tadi.

Pada aksi itu Juara Liga Premier, Emas Anuar STL dilihat beraksi dalam keadaan ‘tekanan’ apabila mudah dijinakan NS Antlers 14-21 di set pertama.

ATM Guardians cuba bangkit di set kedua untuk mengheret perlawanan ke penentuan, bagaimanapun NS Antlers berjaya menyerap tekanan sekaligus meraih kemenangan mutlak menerusi kiraan mata 23-21.

Aksi memukau NS Antlers dibantu oleh rejaman kencang Hafizul Hayazi dan servis-servis menarik dari Haziq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *