Berita

Bekas jurulatih Perak, Kuala Lumpur meninggal dunia

AHMAD DHUHA

BEKAS jurulatih sepak takraw Perak dan Kuala Lumpur Ramli Abdul Rahman telah meninggal dunia hari ini.

Khabar dukacita itu dikongsikan oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menerusi satu entri Facebook yang dimuat naik oleh badan berkenaan sebentar tadi.

Allahyarham yang merupakan pengasas kepada penubuhan Empayar Sepaktakraw Telekom Malaysia (TM) sejak 1987 hingga 2000 meninggalkan dunia pada pukul 9.25 pagi di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser prostat.

Selain menjadi juralih Perak dan Kuala Lumpur Ramli pernah membimbing Brunei Darussalam di Sukan Sea di Bangkok pada tahun 1985.

Allahyarham juga terlibat secara langsung dalam mengasaskan penubuhan Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Persewip) dan memulihkan Persatuan Sepaktakraw Negeri Perak.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.