AHMAD DHUHA
BEKAS Setiausaha Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Tajuddin Shahabudin meninggal dunia awal pagi tadi.
Allahyarham yang menjadi Setiausaha PSM pada tahun
1983 hingga 1985 meninggal dunia pukul 1.45 pagi.
Perkhabaran duka itu dikongsikan oleh PSM menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook rasmi badan berkenaan.
“Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham dan didoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.
“Semoga jasa dan bakti beliau kepada PSM akan dikenang. Aamiin,” tulis pihak pentadbir laman sosial Facebook PSM