Uncategorized

Budak U ‘makan’ Tigris

AHMAD DHUHA

KPT-Masum Knights melakar kejutan terbesar apabila menumbangkan Johor Tigris 2-1 pada aksi Piala Juara-Juara Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Johor sebentar tadi.

Meskipun tumbang, Tigris dinobatkan sebagai juara kumpulan sekaligus bakal berdepan Melaka Titans pada aksi seperuh akhir.
Turun dengan reputasi pasukan pilihan, Johor Tigris yang bermain di laman sendiri bermula garang apabila dilihat banyak menguasai permainan.

Bagaimanapun, pengalaman nyata menjadi ‘sandaran’ Tigris apabila mudah menjinakkan budak U menerusi kemenangan 21-12.

Set kedua, ‘skrip’ yang diperagakan oleh budak U cukup berbeza apabila mereka berjaya menyerap tekanan.

Hasilnya budak U meraih kemenangan 23-21 dalam aksi penuh debar.

Kemenangan itu menyaksikan KPT-Masum Knights berjaya mengheret aksi ke set penentuan.

Bersambung set ketiga, Tigris yang mendapat sokongan padu
sebagai Boys of Straits (B.O.S)
sekali lagi dipaksa bekerja keras apabila pungutan mata terikat 8-8.

Aksi sengit terus berlangsung selepas itu menyaksikan budak U mendahului kedudukan 17-16 sekaligus memberi tekanan buat Tigris.

Tekanan yang memuncak buat Tigris menjadi tuah untuk budak U apabila meraih kemenangan 25-24 dalam aksi penuh dramatik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *