Berita

Budak U nyaris malukan NS Antlers

AHMAD DHUHA

NEGERI Sembilan (NS) Antlers yang nyaris dimalukan oleh budak U iaitu KPT-Masum Knights berjaya bangkit melakar kemenangan 2-1 pada aksi Piala Juara-Juara Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Johor petang tadi.

Pada aksi set pertama NS Antlers menggunakan pengalaman beraksi dipentas tertinggi dengan meraih kemenangan mudah 21-16.

Bagaimanapun, NS Antlers berdepan tentangan sengit sebelum tumbang 24-25 di set kedua sekaligus menyaksikan budak U mengheret aksi ke perlawanan penentuan.

Set ketiga KPT-Masum Knights gagal meneruskan kebangkitan apabila tumpas mudah 21-9 di tangan NS Antlers.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *