Berita

Cikgu Ad sedia ‘ramuan’ terkuat lawan Perak Bison

Ahmad Dhuha

KOTA BHARU – Jurulatih Kelantan Warriors Azhar Sarbini atau Cikgu Ad akan menyediakan ‘ramuan’ terkuat pada aksi pembunaan Emas Anuar Liga Sepaktakraw Malaysia (STL) 2021 berdepan Perak Bison di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Cikgu Ad mengakui berdepan bekas juara musim 2019 itu bukan satu tugas mudah dan menyifatkan kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang.

Jesteru katanya, dia menuntut barisan pemain Kelantan Warriors memberikan aksi bertenaga pada pertemuan itu nanti untuk mencapai kejayaan.

“Alhamdulillah kita mula menjalani latihan pusat pada 29 Disember lalu dan saya lihat ‘mood’ pemain berada dalam keadaan terbaik ketika ini sebelum saingan STL membuka tirai pada Sabtu,” katanya kepada sepaktakraw.asia hari ini.

Musim ini, tiga muka baharu dibawa masuk oleh Kelantan Warriors bagi memperkasakan pasukan iaitu Muhammad Zulkifli Abd Razak atau Sobey (tekong), Fadzli Muhammad Roslan (killer) dan Nazmi Mohd Najib bekas tekong ATM Guardians.

Bagaimanapun, pemain lama yang sudah sebati seperti Aidil Aiman Azmawi, Nik Muhammad Afiq Mazlan, Muhammas Eqbal Shamsudin dan Wan Naim Izani Wan Noor masih kekal menabur bakti bersama Kelantan Warriors.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *