Berita

Cybrog tersingkir

AHMAD DHUHA

PUTRAJAYA Cyborg terus dirundung malang apabila tumbang mudah 0-2 ditangan Melaka Titans pada aksi Kumpulan B, Piala Juara-Juara STL di Iskandar Malaysia Studio, petang tadi.

Aksi set pertama, rejaman-rejaman Rusdee Leerem memastikan Melaka Titans meraih kemenangan menerusi pungutan mata 21-16.

Usaha Putrajaya Cyborg untuk bangkit di set kedua gagal apabila tumpas 17-21.

Putrajaya Cyborg akan melengkapkan jadual Kejuaraan Juara-juara STL apabila menentang KL Thunder, esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *