Berita

Dentuman guruh ‘leraikan’ Cyborg

AHMAD DHUHA

PUTRAJAYA Cyborg gagal menahan ‘dentuman’ kuat
Kuala Lumpur (KL) Thunder apabila tewas ‘straight set’ 2-0 pada aksi Piala Juara-Juara Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) Kumpulan B di Johor sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Putrajaya Cyborg gagal memungut sebarang mata pada penampilan pertama.

Set pertama, Thunder beraksi dengan penuh semangat berjaya merakam kemenangan 21-14 mengatasi Cyborg.

Set kedua, Thunder gagal meneruskan rentak cemerlang apabila tumbang 21-19 ditangan Cyborg sekaligus mengheret aksi ke set penentuan.

KL Thunder kembali menampilkan aksi bertenaga di set penentuan dengan menutup perlawanan menerusi kemenangan 21-14.

Kemenangan itu sekaligus mengesahkan tempat KL Thunder ke pentas separuh akhir.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *