Berita

Harimau Kumbang ‘baham’ Cyborg

AHMAD DHUHA

PENANG Black Panthers bangkit dari kekalahan set pertama untuk membaham Putrajaya Cyborg 2-1 pada aksi Piala Juara-Juara Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) Kumpulan B di Johor sebentar tadi.

Set pertama kedua-dua pasukan memperagakan aksi sengit apabila berbalas-balas pungutan mata sepanjang perlawanan.

Bagaimanapun, Putrajaya Cyborg lebih bernasib baik apabila melakar kemenangan 21-19 pada set pertama.

Aksi set kedua, Harimau Kumbang kembali memperkemaskan rentak permainan untuk mengheret aksi ke perlawanan penentuan.

Libasan-libasan kencang Aekasit Naphom serta aksi konsisten diperagakan oleh Zaim Razali dan Zarif Marican berjaya memberikan kemenangan buat Penang Black Panthers dengan kiraan 21-19.

Set penentuan, kedua-dua pasukan terus berbalas-balas pungutan mata sekaligus memanaskan lagi suasana perlawanan.

Tiga servis ace yang dilakukan oleh Zarif akhirnya menghadiahkan kemenangan penting buat Harimau Kumbang menerusi kiraan mata 21-17.

Pada aksi pembukaan semalam, Harimau Kumbang tumbang 1-2 ditangan Melaka Titans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *