Berita

ISTAF iktiraf MSC

PIHAK Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), menerusi satu kenyataan media hari ini mengumumkan bahawa Konfederasi Sepak Takraw Malaysia (MSC), diterima sebagai ahli gabungan badan induk sepak takraw antarabangsa itu.

Perkara itu diumumkan menerusi satu kenyataan media pada Selasa sekali gus menyaksikan entiti baharu sepak takraw negara itu diterima selaku ahli gabungan ISTAF berkuatkuasa serta-merta.

Pengumuman berkenaan turut menyaksikan bahawa ISTAF hanya mengiktiraf MSC sebagai satu-satunya badan yang mengendalikan sepak takraw di Malaysia.-SUMBER ; SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *