Berita

Kelantan Warriors bantu mangsa Shah Alam banjir esok

Ahmad Dhuha

KOTA BHARU – Barisan pemain Kelantan Warriors yang menggalas cabaran negeri ini pada aksi Liga Sepak Takraw (STL) 2021 akan turun padang esok bagi bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Shah Alam.

Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (Gastak) Zuraidin Abdullah berkata, misi bantuan banjir itu akan disertai oleh barisan pemain, jurulatih, penaja dan ahli majlis badan berkenaan.

“Sumbangan ini merupakan tanda kecaknaan dan simpati Kelantan Warriors kepada mangsa-mangsa banjir.

“Semoga bantuan ini dapat menjadi sokongan kepada mangsa-mangsa banjir untuk kembali bangkit meneruskan kehidupan selepas ditimpa musibah,” katanya kepada sepaktakraw.asia.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *