Berita

KL Thunder hampiri slot separuh akhir

AHMAD DHUHA

KUALA Lumpur (KL) Thunder semakin hampir ke ke saingan separuh akhir apabila meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Penang Black Panthers 2-0 pada aksi Piala Juara-Juara Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) Kumpulan B di Johor sebentar tadi.

Penang Black Panthers kemudian tampil dengan aksi lebih bertenaga apabila berjaya menghambat kedudukan mata menjadi 13-15.

Bagaimanapun, dentuman guruh terlalu kuat untuk ditahan oleh Harimau Kumbang menyaksikan mereka tumbang 21-17 di set pertama.

Aksi set kedua, KL Thunders terus melebarkan penguasaan apabila jauh meninggalkan Harimau Kumbang pada kedudukan 12-5.

Penang Black Panters kembali merapatkan jurang mata menjadi 9-17 sekaligus menghangatkan lagi pertembungan antara kedua-dua pasukan.

KL Thunders kemudian bangkit untuk menutup perlawanan set kedua dengan kemenangan 21-11.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *