Berita

KL Thunder juara

AHMAD DHUHA

KUALA Lumpur (KL) Thunder menepati ramalan apabila mempertahankan kejuaraan Piala Juara-Juara Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) yang diraih musim lalu apabila menewaskan Johor Tigris 2-0 pada aksi final
di Iskandar Malaysia Studio, Johor sebentar tadi.

Lebih manis kemenangan ‘straigt set’ dilakukan dihadapan penyokong Tigris.

Pada perlawanan itu, Johor Tigris bermula garang apabila meninggalkan Thunder pada kedudukan 14-12.

Situasi itu nyata memberikan ‘tekanan’ kepada Thunder untuk merapatkan kedudukan mata pada perlawanan tersebut.

Tigris yang mendapat sokongan
padu Ultras Johor Darul Ta’zim (JDT) atau lebih dikenali sebagai Boys of Straits (B.O.S) terus bergerak ke angka 15-12 menerusi servis ace yang dilakukan oleh Siwatbanchan.

KL Thunder kembali merapatkan jurang mata menerusi servis yang dilakukan oleh Syahir Rosdi dengan kiraan 13-17.

Pungutan mata KL Thunder terus bertambah ke angka 14-17 hasil libasan yang dilakukan oleh Azlan Alias.

Kemasukan Aizat menggantikan Syahir merubah rentak Thunder apabila menutup kemenangan set pertama 21-19 dalam pertarungan sengit itu.

Bersambung set kedua, Thunder mendominasi permainan dengan mendahului permainan menerusi pungutan mata 10-8.

Tigris selepas itu kembali merapat jurang mata menjadi 10-10 untuk meredakan tekanan.

Aksi berbalas-balas pungutan terus rancak berlangsung selepas itu, bagaimanapun Thunder terus menjarakkan kedudukan mata kepada 16-13.

Tigris membuat pertukaran tekong dengan membawa masuk Zuhri Zin untuk menambah sengat dan usaha itu berhasil apabila kedudukan menjadi 16-17 selepas itu.

Libasan Noraizat Nordin mengikat kedudukan menjadi 17-17 untuk meredakan tekanan buat Tigris.

Mata KL Thunder terus berganjak ke angka 19-17 selepas itu hasil libasan-libasan kencang Azlan.

Syahir yang kembali dibawa masuk semula menghadiahkan mata penamat buat Thunder.

Azlan menghadiahkan kemenangan buat Thunder menerusi kiraan mata 21-17.

Kemenangan itu menyaksikan Thunder membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *