Berita

Meja rundingan jalan terbaik selesaikan isu takraw

AHMAD DHUHA

GABUNGAN Sepak Takraw Malaysia (Gastak) berpandangan kemelut yang melanda arena takraw negara mampu diselesaikan menerusi meja rundingan.

Sehubungan dengan itu,
Presiden Gastak Zuraidin Abdullah mengajak seluruh badan yang berkait dengan sukan tradisi itu ke meja rundingan bagi mencari jalan penyelesaian tuntas  berkait isu ini.

“Pandangan saya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Pesuruhjaya Sukan (PJS), Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) duduk semeja.

“Sampai bila kita perlu macam ini harus bersikap begini, marilah kita berbincang dan mencari jalan terbaik bagi memastikan ‘survival’ takraw negara terus subur,” katanya kepada Sepaktakraw.asia.

Menurutnya, perbalahan antara kesemua badan induk terlibat tidak akan membawa apa-apa kebaikan untuk takraw Malaysia.

Katanya, malah isu ini akan bertambah rumit jika tidak diselesaikan dengan sebaik mungkin.

“Sempena bula baik, marilah kita duduk semeja selesaikan itu ini dengan sebaik mungkin dalam semangat kekeluargaan,” katanya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.