Berita

Melaka Titans tumbang

AHMAD DHUHA

HASRAT Melaka Titans meneruskan rentak kemenangan gagal apabila mereka tumbang ‘straight set’ 0-2 ditangan Kuala Lumpur (KL) Thunders pada aksi Piala Juara-Juara Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) Kumpulan B di Johor sebentar tadi.

Set pertama, KL Thunder tidak perlu bekerja keras apabila meraih kemenangan mudah menerusi kiraan mata 21-14.

Aksi set kedua, Melaka Titans bangkit memberikan tentangan sengit apabila berjaya mendahului KL Thunder pada kedudukan 15-13.

Bagaimanapun, KL Thunder kembali memperkemaskan rentak permainan sehingga berjaya mengikat kedudukan menjadi 15-15.

KL Thunder terus mendominasi perlawanan dengan meraih kemenangan mudah 21-16 di set kedua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *