Berita

PSM failkan semakan kehakiman kepada PJS

PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah menfailkan permohonan kebenaran untuk Memohon Semakan Kehakiman ke atas Pesuruhjaya Sukan (PJS) susulan tindakan badan itu mendafarkan Malaysian Sepaktakraw Confederation (MSC) sebagai sebuah badan sukan sepak takraw di peringkat kebangsaan.

Setiausaha Agung PSM Datuk Abidullah Salleh berkata, permohonan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur pada 20 April lalu.

Menurutnya, menerusi permohonan yang yang dibuat secara ‘ex-parte’ badan induk itu telah menamakan PJS sebagai Responden Pertama dan Menteri Belia dan Sukan sebagai Responden Kedua.

“Mahkamah Tinggi Malaya telah menetapkan tarikh 7 Julai 2022 untuk pendengaran Permohonan tersebut di hadapan YA Hakim Datuk Noorin Badaruddin.

“Pihak Jabatan Peguam Negara juga telah diserahkan dengan semua dokumen-dokumen permohonan pada 25 April 2022.

“PSM berharap semua pihak dapat memberikan ruang yang sewajarnya sehingga isu perundangan ini diselesaikan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.