Berita

PSM kembali anjur Piala Emas Khir Johari

AHMAD DHUHA

SELEPAS ‘berehat’ selama dua tahun akibat Covid-19, kejohanan sepak takraw tertua di dunia iaitu Piala Emas Khir Johari kembali menghangatkan semula arena sukan tradisi tersebut.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, kejohanan edisi ke-56 itu akan
mengguna semula format regu berpasukan.

Menurutnya, hal ini kerana pada edisi 2019 lalu ia hanya melibatkan dua regu daripada setiap negeri dan juga ahli gabungan PSM.

“PSM bertekad untuk mempertahankan penganjuran kejohanan ini pada masa akan datang.

“Bagaimanapun, kami masih belum memuktamadkan siapa yang akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan itu nanti,” katanya.

Pada edisi 2019 lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) muncul juara selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 21-16, 21-17 dalam perlawanan akhir di Stadium Negeri Kuala Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *