Berita

STL: Black Panthers peroleh suntikan moral

Pasukan Penang Black Panthers mendapat suntikan moral menjelang sepak mula Liga Sepak Takraw (STL) 7 Januari ini apabila secara rasminya umum senarai penuh pemain dalam usaha untuk merampas kembali gelaran juara musim ini.

Black Panthers akhirnya mengumumkan lapan pemain yang bakal menggalas cabaran skuad Pulau Mutiara itu musim ini dalam saingan STL.

Teka teki status import dari Thailand, Aaekasit Naphon, juga turut dimuktamadkan apabila sah bakal jadi sandaran di posisi perejam.

Lebih menarik, mereka juga berjaya mendapatkan semula pengumpan, Zaim Razali, selepas dua musim meninggalkan pasukan itu, sekaligus dilantik menjadi kapten.

Juara STL 2018 itu juga turut dapat suntikan moral selepas mendapat penajaan bernilai RM286,536 untuk mengharungi musim ini daripada pihak Emas Anuar.

Dalam masa sama, Emas Anuar turut menjadi penaja rasmi saingan STL musim ini dengan nilai tajaan RM500,000.-Sumber : stadiumastro.com

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *