Sukan Sea Vietnam

Sukan SEA Hanoi: Sepak takraw lelaki negara ibarat berdepan final awal

Pertemuan awal Malaysia dengan musuh tradisi, Thailand, di peringkat Kumpulan C regu lelaki Sukan SEA Hanoi ibarat aksi final.

Dalam majlis undian, Malaysia turut ditempatkan sekumpulan dengan tuan rumah, Vietnam.
Untuk rekod, sudah 29 tahun Malaysia tidak memenangi emas acara regu berpasukan kecuali muncul juara temasya Kuala Lumpur 2017 berikutaan tanpa penyertaan thailand.

“Pemain-pemain negara begitu bersemangat sekali dalam sesi latihan, saya yakin mereka mampu menggalas tugas.

“Paling penting mereka perlu menikmati permainan dan mampu menyerap tekanan terutama ketika berdepan Thailand dan Vietnam,” kata ketua jurulatih negara, Abdul Talib Ahmad.

Menurut tekong negara, Muhammad Faisal Mohd Fuad, yang bakal membuat penampilan pertama temasya dwitahunan itu berkata:

“Selepas menerima hasil undian semalam, semua pemain bertambah semangat.

“Kami boleh cuba dan buat sehabis yang baik.

“Lawan yang akan dihadapi juga kuat, ia akan jadi pengalaman yang baik buat saya.”-SUMBER : STADIUM ASTRO

Leave a Reply

Your email address will not be published.