Sukan Sea Vietnam

Sukan Sea : Skuad takraw wanita negara langkah kanan

AHMAD DHUHA

SKUAD Sepak Takraw Wanita Negara mulakan kempen dalam acara berpasukan di Sukan Sea Vitenam dengan langkah kanan apabila meraih kemenangan 2-1 ke atas Laos.

Regu pertama yang dibarisi Zubaidah, Kamisah dan Ramzah meraih kemengan ‘straight set’ 2-0 dengan kiraan 21-11 dan 21-5.

Bagaimanapun trio Norsuhaida, Izatul dan Norazira tumbang 0-2 di tangan regu B Loas.

Aksi bertambah sengit apabila regu yang dibarisi oleh Fatihah, Fatehah dan Nadilatul dipaksa ‘mandi’ peluh sebelum menang 21-14, 14-21 dan 21-12 dalam aksi tiga set.

Kemenangan ini pastinya memberikan ‘tonik’ buat Malaysia untuk mencari posisi terbaik dalam kempen berpasukan di Sukan Sea 2022.

Leave a Reply

Your email address will not be published.