Berita

Thunder iringi Tigris ke final

AHMAD DHUHA

KUALA Lumpur (KL) Thunder menepati ramalan apabila mara ke pentas final selepas menang ‘straight set’ 2-0 ke atas Negeri Sembilan (NS) Antlers pada aksi separuh akhir Piala Juara-Juara Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Johor sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Thunder akan berentap dengan Tigris pada aksi final malam esok.

Aksi set pertama berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling berbalas-balas pungutan mata.

Bagaimanapun, NS Antlans memperagakan aksi garang apabila meninggalkan lawan pada kedudukan 11-7.

KL Thunder tidak mudah hilang fokus dan kembali bangkit untuk merapatkan kedudukan menjadi 13-15.

Aksi selepas itu terus berpihak kepada Thunder apabila berjaya menutup set pertama dengan kemenangan menerusi kiraan mata 21-18.

Set kedua, aksi bertambah rancak apabila jarak pungutan mata tidak terlalu jauh iaitu 11 (Antlands) dan 15 (Thunder).

Trio Thunder iaitu Azlan Alias (perejam), Syahir Rosdi (tekong) dan Amirul terus bergerak laju untuk menutup perlawanan menerusi kemenangan 21-14.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *