Berita

Tigris baham ATM

AHMAD DHUHA

JOHOR Tigris bangkit untuk mengejutkan ATM Guardians 2-1 dalam pertarungan sengit saingan Piala Juara-Juara STL di Iskandar Malaysia Studio, sebentar tadi.

Set pertama, ATM Guardians yang membariskan trio berbisa mereka Hairul Hazizi Haidzir (tekong), Afifuddin Razali (perejam) dan Norfaizzul (pengumpan) memperoleh kemenangan mudah 21-8.

Bagaimanapun set kedua, Johor Tigris tidak memberi laluan mudah buat ATM Guardians apabila saling berbalas-balas kutipan mata.

Kehadiran Ultras Johor Darul Ta’zim (JDT) atau lebih dikenali sebagai Boys of Straits (B.O.S) berjaya membakar semangat Tigris untuk memberikan kemenangan set kedua 22-20.

Kemenangan itu sekaligus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Set penentuan menyaksikan Tigris kehilangan kapten mereka Muqlis Borhan yang mengalami kecederaan menyaksikan dia terpaksa diusung keluar.

Ketiadaan Muqlis dimanfaatkan sebaik mungkin oleh ATM Gurdians apabila selesa mendahului kedudukan mata 18-14.

Trio ATM Guardians selepas itu gagal membendung kebangkitan Tigris apabila tumpas dengan kiraan mata 18-21.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *