Berita

Tigris selera ‘baham’ rusa

AHMAD DHUHA

JOHOR Tigris membuka saingan Emas Anuar Piala Juara-Juara STL dengan langkah kanan apabila ‘membaham’ Negeri Sembilan Antlers menerusi kemenangan ‘straight set’ 2-0 di Iskandar Puteri, Johor sebentar tadi.

Berkasi di laman sendiri Tigris yang dibarisi oleh Siwatbanchan (tekong), Muqlis (pegumpan) dan Noraizat (perejam) bermula garang apabila meraih kemenangan mudah 21-13 di set pertama.

Tigris terus memperagakan taring di set kedua apabila mudah ‘membaham’ Rusa menerusi kemenangan 21-12.

Kemenangan itu pastinya meletakan Tigris sebagai salah satu pencabar kejohanan tersebut untuk edisi kali ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *